Pelumba MotorGP Honda Marco Simoncelli Maut Di Sepang


SEPANG: Penunggang Honda, Marco Simoncelli dilaporkan meninggal dunia selepas terjatuh dan kepalanya dilanggar dua pelumba lain pada perlumbaan kategori MotoGP di Litar Sepang, sebentar tadi. Perlumbaan Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia 2011 dibatalkan, demikian diputuskan oleh penganjur Sepang International Circuit (SIC) dan Dorna Sports. Pembatalan acara MotoGP dibuat selepas kemalangan membabitkan penunggang pasukan San Carlo Honda Gresini, Marco Simoncelli. - BERNAMA - BHarian

Leave a Reply